Richiamo Coffee, jenama kafe yang semakin berkembang pesat, Sinaran matahari tahun 2025, maka genap 10 tahun penubuhannya. Sejak penubuhan pertama Richiamo Coffee pada tahun 2015, cawangan di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah Darul Aman, Richiamo Coffee telah menunjukkan pertumbuhan yang mengagumkan dalam industri kafe makanan dan minuman.
Kini, Richiamo Coffee merayakan kejayaan ini dengan pembukaan cawangan ke-232 di Bandar Cheng Utama, Melaka. Pencapaian ini merupakan bukti komitmen jenama ini dalam menyediakan pengalaman kafe yang unik dan memuaskan kepada para pelanggannya di seluruh Malaysia.
Sempena ulang tahun ke-10 pada tahun 2025, Richiamo Coffee berikrar untuk terus maju dan menjadi peneraju dalam segmen kafe makanan dan minuman. Dengan sokongan daripada pelanggan setia dan dedikasi kakitangan, Richiamo Coffee yakin dapat mengukuhkan lagi kedudukan dalam industri ini.
Tahniah kepada Richiamo Coffee atas kejayaan yang luar biasa ini, dan semoga jenama ini terus berkembang dan mencapai lebih banyak kejayaan di masa hadapan! Selamat Tahun Baru 2025.