THE GRAND DAMES OF GOLF 2024 : Lebih 100 Pemain Veteran Wanita Meriahkan Kejohanan

THE GRAND DAMES OF GOLF 2024 : Lebih 100 Pemain Veteran Wanita Meriahkan Kejohanan

The Grand Dames of Golf 2024 menyaksikan penyertaan lebih 100 orang pemain veteran wanita, dengan tiga kategori utama dipertandingkan iaitu Gold, Diamond, dan Platinum. Kejohanan yang julung kali diadakan ini telah menjadi medan pertemuan bagi nama-nama besar dalam sukan golf wanita.

Pengerusi Women in Golf Charter (WIGC), Datuk Merina Gan, turut berkongsi keterujaan beliau dengan menyaksikan penyertaan ramai pemain veteran yang kembali beraksi setelah sekian lama tiada kejohanan seumpama ini dianjurkan. Menurut beliau, kejohanan ini memberikan peluang kepada pemain veteran untuk kembali ke padang golf dan menunjukkan kehebatan mereka.

The Grand Dames of Golf 2024 berlangsung dengan jayanya di The Mines Resort & Golf Club pada 28 November 2024, dengan menawarkan hadiah keseluruhan hampir RM 50,000.00.

Acara ini turut diserikan oleh kehadiran Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud, yang memberikan sokongan penuh kepada kejohanan ini.

Kumpulan Richiamo merupakan penaja utama bagi hadiah kemenangan dan cabutan bertuah. Pengarah Urusan Kumpulan Richiamo, Zamry Abu Samah, turut hadir bagi memeriahkan majlis ini dan memberikan penghargaan kepada para pemenang.