Pengarah Urusan Kumpulan Richiamo Coffee Sdn Bhd, En. Muhamad Zamry Abu Samah, telah dijemput untuk berkongsi kejayaan jenama Richiamo Coffee kepada para usahawan di bawah bimbingan SME Corporation. Perkongsian ini bertujuan sebagai inisiatif untuk pengukuhan jenama serta meningkatkan kredibiliti dan kemampanan PKS di Malaysia.
Dalam perkongsian ini, En. Muhamad Zamry Abu Samah turut menyampaikan tip-tip kepada para usahawan mengenai kepentingan jenama produk dan pengurusan korporat. Menurut beliau, kejayaan sesebuah jenama bergantung kepada cara ianya dipasarkan. Untuk pasaran tempatan, jenama perlu mengandungi unsur tempatan. Manakala, untuk menembusi pasaran antarabangsa, jenama tersebut mestilah memiliki kekuatan tersendiri bagi menarik minat pasaran global, ujar beliau semasa sesi soaljawab bersama usahawan-usahawan.
Kekuatan jenama adalah aspek penting dalam membuka peluang pasaran serta berfungsi sebagai daya tarikan utama bagi sesuatu produk.
