Kumpulan Richiamo telah mengambil bahagian dalam Pameran Halal MIHAS yang berlangsung dari 18hb hingga 20hb November 2024. Penyertaan ini melibatkan jenama utama mereka iaitu Richiamo Coffee, Richiamo Mart, dan Richiamo Manufacturing.
Kumpulan Richiamo telah menetapkan sasaran pelaburan lebih RM10 juta sebagai sebahagian daripada misi mereka untuk mengembangkan perniagaan di Timur Tengah. Langkah strategik ini bertujuan untuk memperkukuhkan lagi kehadiran jenama Richiamo di peringkat global.
Dalam acara tersebut, Kumpulan Richiamo telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan jenama BubblesO2 sebagai rakan strategik perniagaan. Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) tersebut disaksikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi. Turut menyaksikan acara ini adalah Pengerusi Matrade, YBhg. Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican, CEO Matrade Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz, Pengarah Urusan Kumpulan Richiamo, Ybhg. En. Zamry Abu Samah, serta kakitangan Kumpulan Richiamo Coffee dan Matrade Malaysia.
Kumpulan Richiamo juga berharap misi ke Dubai ini akan membuka peluang untuk mengembangkan jenama Richiamo Coffee dan Richiamo Mart ke persada dunia, memperkukuhkan kedudukan mereka dalam industri.