Richiamo Coffee terus memperluaskan rangkaian kafe mereka dengan pembukaan cawangan ke-232. Bandar Utama Cheng, Melaka, dipilih sebagai lokasi terbaru bagi cawangan kelima di Melaka Bandaraya Bersejarah.
Sempena pembukaan ini, Richiamo Coffee mengedarkan 500 cawan kopi percuma kepada pelanggan yang mengunjungi kafe mereka. Selain itu, pengunjung turut berpeluang menyertai cabutan bertuah dengan setiap pembelian yang dilakukan.
Dengan kehadiran cawangan terbaru ini, para peminat jenama Richiamo Coffee dapat menikmati menu kegemaran mereka. Richiamo Coffee cawangan Bandar Utama Cheng juga menawarkan pelbagai pilihan produk Ready-to-Eat (RTE) keluaran Kumpulan Richiamo seperti Kari Kambing dan Daging Masak Dendeng.
Bahagian pemasaran Richiamo Coffee juga telah mengadakan siaran langsung di TikTok. Sepanjang siaran tersebut, Richiamo Coffee turut menawarkan pelbagai barangan cenderamata keluaran Richiamo Coffee seperti baju-T, pitcher (jug susu) dan minuman premix.
Richiamo Coffee mengucapkan jutaan terima kasih kepada penduduk Cheng, Melaka, dan sekitarnya kerana memberi sokongan kepada jenama Richiamo Coffee.